SyOk IsLaM

Kumpulan kisah para sahabat.. Nasihat dan Iktibar..

Fadhilat Amal, Hadis dan Macam-macam lagi..

Thursday, September 30, 2010

Kelebihan Solat Fardhu

Suatu hari Nabi Muhammad S.A.W didatangi serombongan orang-orang yahudi yang bertanyakan tentang sembahyang lima waktu yang diwajibkan ke atas umatnya..

Jawab Nabi S.A.W:

1. Solat Zohor, maka pada saat itu nyalanya neraka Jahannam, maka tiada seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang itu melainkan diharamkan atasnya api Jahannam pada hari kiamat.

2. Solat Asar, maka pada saat itu Nabi Adam a.s memakan buah khuldi, maka tiada seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang ini melainkan keluar dari dosanya bagaikan bayi baru lahir dari perut ibunya.

3. Solat Maghrib, maka pada saat itu diterima taubat Nabi Adam a.s, maka tiada seorang mukmin yang mengerjakannya dengan ikhlas kemudian minta apa-apa kepada Allah melainkan pasti diber-Nya.

4. Solat Isyak, maka kubur itu gelap dan hari kiamat juga gelap, maka tiada seorang mukmin yang berjalan dalam gelap malam untuk sembahyang Isyak berjemaah melainkan diharamkan oleh Allah dari terkena nyalanya api, dan diberi cahaya untuk menyeberang di atas titian sirat.

5. Solat Subuh, maka tiada seorang mukmin yang mengerjakannya empat puluh hari dalam jemaah melainkan diberi Allah dua kebebasan, kebebasan dari neraka dan kebebasan dari munafiq(muslim yang menyembunyikan kekufuran).

KETERANGAN:
Saudaraku sekalian.. Sesungguhnya ganjaran akhirat adalah sesuatu yang ghaib, perkara yang kita tak nampak seringkali buatkan kita lupa tentangnya. Maka di sini, sama-samalah kita saling ingat-mengingati, saya ingatkan diri saudara, saudara ingatkan diri saya. Mudah-mudahan kita diberi kekuatan untuk menunaikan kelima-lima solat fardhu ini sepanjang hayat kita. InsyaAllah...

10 comments:

Assalamualaikum...
Saya baru sahaja mengikuti blog saudara... Dan saya dapati ia merupakan antara santapan rohani yang mudah untuk diakses... Mudah-mudahan blog saudara dapat menjadi wadah yang mantik dalam menyebarkan keagungan syiar islamiyyah...
 
Assalamualaikum,
mohon kebenaran utk menyiarkan ayat d atas d fb sy utk saling berkongsi2 ilmu, sy dahulukn dgn ucapan terima kasih :)
 
Assalamualaikum, bagus sangat post2 disini, saya follow, sebab saya mahu mdapatkan post2 terbaru... maklumat Islam berterusan .... amar makruf nahi mungkar !
 
Boleh kongsi2 utk semua
 
Assalamualaikum,
saya minta kebenaran untuk membuat rujukan di blog anda. sekiranya tidak keberatan, bolehkah jika saya ketahui sumber dari hadith di atas untuk keperluan tugasan saya.
 
Sy hrp dpt dimasukkan juga perawi hadis n sumber maklumat ini. Ia dpt memastikan yg apa yg disampaikan adalah drp hadis yg betul, sah n kuat. Kita tak nak sebarkan mana2 hadis yg salah atau lemah, yg x dpt dipastikan kesahihannya. Wallahua'lam.
 
asalamulaikum..info yang sangat bermanfaat..sahabat...mohon copy ya..sahabat..
 
This comment has been removed by the author.
 
assalammualaikum saudara, blh saudara sertakan sumber rujukan tntg fadilat solat ini... sbb ramai kawan2 sy yg bertanya akn kesahihan ini.. harap saudara membantu sy. terima kasih...
 
assalammualaikum, saudara tlh dpt kesahihan rujukan?
 

Post a Comment