SyOk IsLaM

Kumpulan kisah para sahabat.. Nasihat dan Iktibar..

Fadhilat Amal, Hadis dan Macam-macam lagi..

Sunday, January 27, 2013

Syukur

Keluar sahaja rumah untuk pergi exam, jatuh terduduk sebab jalan licin berais, sakit punggung. 3 4 bus tidak berhenti sebab penuh, sedangkan dah lambat dah nak pergi exam. Bila naik bus, baru perasan tertinggal bus pass, dah kena bayar pulak tiket - nasib baik bawak ID utk masuk exam bawak. Berlari-lari ke dewan exam sebenar sbb tadi tersalah dewan exam. Masuk dewan exam lambat 5 minit. Bukak je kertas exam, satu soalan spot pon tak keluar, semua soalan yg keluar aku tak study. Aduh, calculator pulak tertinggal sbb tadi housemate pinjam sekejap untuk kira bill rumah! Habis exam balik rumah utk lunch, tgk2 housemate habiskan lauk dah. Nak makan luar takde duit, sejuk pulak tu. Lapar je la. Tengok balik nota subjek tadi, check2 semua yang dijawab salah. Tiba-tiba dapat panggilan dari Malaysia kata abang meninggal. Nak balik Malaysia xde duit. Buat kutipan kilat tak cukup utk balik Malaysia. Kat Malaysia xde orang nak urus jenazah sbb parents dah takde, mmg adik beradik berdua sahaja. Las2 dapat jugak kumpul duit, tapi tgk2 VISA dah nak mati. Ohhh..

Sounds too 'good' to be true init?

Susah gila hidup mamat di atas, walaupun baru cerita satu hari punya kehidupan. Belum cerita sebulan punya kehidupan. Azabnya!!!! Memang betul ni cerita rekaan sahaja. 

Cuba kita letak diri kita dalam situasi diatas, TAPI kita remove semua kesusahan dan tinggalkan hanya kesusahan yang kedua iaitu bus tak berhenti2. Allah yang letak satu kesusahan itu pada kita kan? Dan Allah juga yang remove semua kesusahan-kesusahan lainnya itu dari kita kan? Malah Allah dah removekan RIBUAN atau mungkin JUTAAN kesusahan lain dari kita hanya dalam masa satu hari.

Sanggupkah lagi kita tidak bersyukur kepada Allah Ta'ala?
Sanggupkah lagi kita menyumpah kerana kesusahan yang satu atau dua itu?
Sanggupkah lagi kita terdetik dihati? "Ya Allah, kenapa lah time ni ko nak uji aku mcm ni?"

"Bukankah Kami (Allah) telah melapangkan dadamu? Dan Kami turunkan bebanmu darimu, yang memberatkan punggungmu" [Al-Insyirah: 1-3]

Allahu'akbar. Engkaulah Rahmaan..

Setiap kali kita diujji dengan kesulitan. Ingatlah bahawa itu sunnatullah. Dalam surah yang sama, 

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan." [Al-Insyirah: 5-6]

Hanya kat syurga je hidup senang, mudah & tiada sulit langsung. Dan hanya di neraka sahaja hidup susah, susah tanpa mudah atau rehat sedikit pun sebab jauh sekali Rahmat ALlah di dalam itu.

Maka tidak perlu ada mindset nak wujudkan sifat syurga itu didunia, kerana dunia ni sgtlah sementara.

dipetik dari fb saudara Ahmad Sufian Amj

Sunday, January 13, 2013

ADAB-ADAB BERKENALAN DENGAN PEREMPUAN

Assalamualaikum rakan-rakan sekalian... Apa khabar semua..? hehe, macam kat sekolah pulak rasanya... In Shaa Allah, pada awal pagi ni, saya nak kongsi sedikit tentang cara-cara berkenalan dengan kaum Hawa... errmmm,,, agak kontroversial jugak tajuk ni yepp yepp... tapi, islam itu menyeluruh, sehinggakan bab2 seperti ni pun ada disediakan garis panduan. Apa-apa pun, apabila berkenalan dengan seorang perempuan, niat lah untuk dibuat isteri, bukan hanya untuk seronok2...

saya kurang arif dalam bab2 ni, jadi apa kata saya akhiri post ni dengan satu video clip daripada UAI tentang cara2 berkenalan dengan perempuan. Sekian, terima kasih...







Monday, January 7, 2013

SEDEKAH AMALAN MULIA


"Dari Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: Setiap sendi tubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap matahari terbit. Kamu melakukan keadilan di antara dua orang (yang sedang berselisih faham) adalah sedekah, kamu membantu orang menaiki kenderaan atau membantu mengangkat barang-barang ke dalamnya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah, dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah"

Assalamualaikum tuan-tuan yang mulia. Malam ini, saya ingin bercerita sedikit mengenai sedekah. Harap-harap tuan-tuan yang mulia dapat mengambil sedikit masa membaca sedikit ilmu yang bermanfaat ini, In Shaa Allah.

Masha-Allah tuan-tuan yang mulia, jika kita berpandukan kepada Hadith ini, sebenarnya banyak perkara yang boleh dijadikan sedekah. Malahan, hanya dengan senyum sahaja (yang tidak menimbulkan fitnah) dianggap sebagai satu sedekah. Jadi tuan-tuan yang mulia, marilah kita bersama-sama mengamalkan sedekah. Jika ada wang ringgit, maka bersedekahlah dengannya. Jika ada ilmu, maka bersedekahlah dengannya. Jika ada waktu terluang, bersedekahlah dengannya (dengan cara mengingati Allah dan menceritakan kebesaran Allah kepada orang-orang disekeliling kita).

Apakah fadhilat-fadhilat sedekah? Antaranya, sedekah boleh menjadi penghapus atau kaffarah kepada dosa-dosa kita yang lalu, In Shaa Allah. Selain itu, sedekah juga boleh memurahkan rezeki. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud;

"Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya".(Riwayat Muslim)


Sesetengah ulama' juga ada menyatakan bahawa sedekah boleh menolak bala, serta memanjangkan umur. Jadi kesimpulannya, banyakkanlah bersedekah. Tidak akan rugi orang-orang yang bersedekah, maka akan lebih beruntung. 









Sunday, January 6, 2013

KEWAJIPAN MENCEGAH KEMUNGKARAN





مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah ia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya. jika tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan lisan, jika tidak mampu juga, hendaklah ia mencegahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman." (HR Muslim, no.70, lidwa, jalur Abu Sa`iid al-Khudri ra)"

Assalamualaikum semua... Malam ini, marilah kita berfikir sejenak tentang tanggungjawab kita sebagai Muslim, iaitu MENCEGAH KEMUNGKARAN. Apakah ianya wajib, sunat, atau fardhu kifayah sahaja..? Sama-sama kita fikirkan

Kemungkaran bermaksud segala perkara yang bertentangan dengan perintah Allah dan Rasul. Oleh sebab itu, sebagai umat Islam, kita WAJIB mencegah kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat kita. Ingat! Tanggungjawab mencegah kemungkaran bukan hanya terletak di tangan ulama', pemerintah, pendakwah, mufti, qadi, ustaz, dan sebagainya. Setiap individu Muslim berkewajipan melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

Mencegah Kemungkaran Dengan Tangan bermaksud menggunakan kuasa yang ada pada seseorang untuk menghalang kemungkaran. Contoh, seorang suami mempunyai kuasa ke atas isterinya. Oleh itu, suami WAJIB menasihati isterinya apabila isterinya itu melanggar hukum syarak. Begitu juga halnya dengan seorang bapa, hinggalah kepada pemimpin dalam masyarakat mahupun negara.

Mencegah Kemungkaran Dengan Lidah bermaksud memberi nasihat yang berhemah kepada seseorang yang melakukan kemungkaran supaya mereka sedar, lantas kembali ke jalan yang benar. Dalam memberi nasihat, adab-adab tertentu perlu dijaga bagi mengelakkan salah faham. Gunakan bahasa yang baik, dalam masa yang sama, mampu memberi kesedaran.

Mencegah Kemungkaran Dengan Hati bermaksud membenci kemungkaran yang berlaku di hadapan kita. Ianya dipanggil selemah-lemah iman kerana kesan membenci dengan hati hanya ke atas diri sendiri. Tetapi, kemungkaran yang berlaku masih tidak dapat dibendung. Mencegah kemungkaran dengan hati adalah WAJIB bagi setiap umat Islam. Apabila terdetik rasa benci sewaktu melihat kemungkaran, itu menandakan kita masih ada iman di dalam hati.


*membenci hanya perbuatan mungkar, bukan benci kepada pelakunya. kita mesti mempunyai perasaan kasih dan sayang kepada pelaku kemungkaran, supaya kita rasa bertanggungjawab untuk membantu mereka*





















RASULULLAH S.A.W: BETUL KE BOHONG?




"Dan ia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadith) tidak lain hanyalah wahi yang diwahikan kepadanya."

~ SURAH AN-NAJM; AYAT 3-4 ~

Assalamualaikum... Minta maaf ye kalau tajuk di atas agak kontroversi sikit, huhuhu... Apa-apapun, mari kita baca post ni telebih dulu...

Zaman sekarang, seringkali kita mendengar tentang penghinaan terhadap Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Jika yang menyatakannnya adalah orang bukan Islam, itu tidak mengapa lagi. Tetapi, ada juga di kalangan umat Islam sendiri yang meragui Nabi Muhammad. Contohnya, golongan anti-hadis. Mereka hanya berpegang kepada al-Quran, dan menolak Sunnah/Hadith Nabi. Tidakkah mereka tahu bahawa tanpa Hadith, maka akan rosaklah makna al-Quran, kerana Hadith berperanan menghuraikan isi kandungan al-Quran?

Ramai juga yang mendakwa bahawa Nabi Muhammad adalah pembohong. Segala apa yang Nabi katakan hanyalah bersifat dusta semata-mata. Oleh sebab itulah, pada zaman sekarang, ramai yang tidak mahu mengikut Hadith Nabi. 

AKAN TETAPI...!!!

Ayat al-Quran di atas telah menafikan dakwaan-dakwaan yang merendahkan Nabi Muhammad. Nabi kita bukan seorang pembohong. Nabi kita bukan hanya berkata-kata kosong. Nabi kita tidak berhujah menggunakan logik akal. Tetapi, segala apa yang Nabi kita perkatakan adalah berdasarkan wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Jadi, perintah dari Nabi Muhammad adalah sebenarnya perintah dari Allah. Adakah kita ingin mengatakan bahawa perintah dari Allah adalah bersifat dusta? TENTU SEKALI TIDAK.!

Kesimpulannya, Nabi Muhammad bukanlah seorang pendusta. Nabi Muhammad adalah manusia luar biasa yang bersifat siddiq (benar). Nabi Muhammad tidak menyampaikan sesuatu menggunakan akal fikiran mahupun mengikut hawa nafsu, tetapi semuanya merupakan wahyu Allah yang bersifat benar. Oleh itu, sentiasalah ikut perintah Nabi, dan jangan sesekali memperlekehkan Baginda S.A.W. Jika kita mengikut tunjuk ajar Nabi Muhammad, nescaya kita tidak akan sesat buat selamanya.





Friday, January 4, 2013

Rayuan Rindu

Assalamualaikum,

Apa khabar? harap2 semua pembaca blog Syok Islam berada dalam keadaan sihat sejahtera hendak-Nya. (skema punya ayat)...heheheh...

Dah lame tak saya tak update blog ni...kepada admin, saya mintak maaf ye... :)

Kepada saudara Kamen Rider, selamat datang ke blog Syok Islam...harap saudara dapat selalu update blog ni untuk share ilmu2 yang saudara ada...jangan jadi macam saya,jarang update... -_-"

Ni saya nak share sebuah lagu dari Raihan..dah lame rasenya lagu ni,saya je kot baru dengarnya...bile dengar je, rase hati ni sayu dan sedih sangat mengenang dosa2 yang lalu.. :'(




Hatiku merayu rindu
Kasihku padaMu syahdu
Munajat hamba padaMu
Mengharap kasih sayangMu

Carilah ilmu mengenal Allah
Tanamkan takut neraka Allah
Sampaikan harap surga Allah
Carilah keridhoan Allah

Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habibullah
Walau tak pernah bersua
Cintaku tetap membara

Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habibullah
Engkaulah buah hatiku
Engkaulah kekasih Allah

Alangkah indah pribadimu
Tidak tergambar mulia akhlaqmu
Engkaulah rasul pilihan Allah
Kaulah rahmat seluruh alam

My heart is loving You
My heart is just for You
Knowing You Allah
I will try to get close to You

Let us find the way to know God
Feel the torches of hell-fire
Think of pleasures of paradise
Find the way to get Allah's love

Hatiku merayu rindu
Kasihku padaMu syahdu
Bertemu Allah yang esa
Menjadi idaman kalbu

creadit to LirikNasyid.com & youtube.com

Thursday, January 3, 2013

Renungan Hadith

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ  


"Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Nabi..."


Al-Quran dan as-Sunnah merupakan 2 wasiat Rasulullah yang tidak ternilai harganya kepada kita. Oleh yang demikian, tuan-tuan yang dirahmati Allah, walau apa pun yang berlaku, kembalilah kepada kedua-duanya. Berhukumlah dengan hukum Allah, dan beramal lah dengan sunnah Nabi kita. In Shaa Allah, pegangan kita tidak terpesong buat selama-lamanya...

I SINCERELY LOVE ALLAH and MUHAMMAD